aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Wednesday, January 4, 2012

Exam Fever(2)

Haha. hari ini baru sudah usai satu paper. USUL FIQH 1. Alhamdulillah. mendapat bantuan di saat akhir, terima kasih! hehe

hah nak dijadikan cerita, esok ada lagi paper arab.TARIKH TASHRI. bersamaan juga dengan senior2, yang akan ada paper esok, mostly 2 paper.

maka petang ini, masing-masing keluar dari sarang ( bilik laaa) memecah kesunyian petang dengan lepak belajar sama-sama dekat ruang tamu.

Maka bermulalah hikayat. Masing-masing dengan buku, ada yang duduk dekat meja belajar, ada yang sambil landing pegang buku. ada yang menghadap laptop. ada yang siap duduk bersila antara meja.haha. macam-macam gaya ada!

Baru panaskan enjin buka buku, dah ada supplier kit kat datang. haha. kan dah kata, buka buku baru 5 minit, dah have a break!

lepas tu mula la cerita-cerita dongeng dan impian jenin semata-mata.

" Kalaulah aku boleh rebus buku ni, campur dalam air, lepas tu minum.kan senang!haha"

"Aku nak letak buku atas kepala, lepas tu semua isi dalam buku ni boleh serap masuk dalam kepala aku.kan bagus." haha

dan bermacam-macam lagi la.impian yang takkan pernah boleh dicapai oleh pelajar-pelajar melainkan belajar semata-mata! haha

Konklusinya : Exam ni, belajar laaaaa! hehe





Monday, January 2, 2012

Exam Fever

Inilah yang berlaku apabila students mula risau akan exam yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi.

pegang buku, buka, baca. tak sampai 5 minit dah mula landing. haha

bila tension bertambah mulalah merapu. cakap pasal calon la, pasal kahwin la. inilah kejadah bila satu rumah dengan senior2.

Umur mereka dah cukup nak kahwin, tinggal tunggu green light je. haha

Macam takda isu lain nak bincang kan. Ni antara terapi hilangkan stress. hehe. Think positive la!


Sunday, December 25, 2011

naaaahhhhh

Di saat seminggu diperuntukkan untuk cuti ulangkaji, aku jatuh demam.


Cuba mencari punca bagaimana boleh sakit. Mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu di Nilai.


Rupa-rupanya setelah diselak kembali perjalanan hari-hari yang lalu, aku berjumpa puncanya.


Kerana semangat cuti bermula Jumaat, maka malam itu kami iaitu budak-budak rumah gagahkan diri untuk ke Dataran Nilai selepas makan malam. Hendak merehatkan diri tujuannya sambil mencari makanan sampingan. Namun sanggup meredah hujan yang tidak kurang lebatnya. haha! padan muka!


Dan malam sabtu aku mula bersin tak henti-henti. Ingatkan sebab pasang kipas kuat dengan kelajuan maksima 5 hampir nak terbang, rupanya petanda nak demam.


Dan malam ini, hah mulalah aku tidak boleh bernafas dek kerana selesema. Badan telah mulai panas sejak tengah hari tadi.


Kini, terlantar la ia. hehehe. Nampak gayanya kena tidur awal untuk pulihkan tenaga. Seminggu ini harus digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengulang kaji silibus. 8 subjek semuanya. sepatutnya 7 sahaja, tapi saya tambah Bahasa Mandarin untuk sem ini! hehe.


Oleh itu, adiosssss! :)


p/s 1 : Teringat kembali : 2 nikmat yang sering dilupakan adalah - Nikmat sihat dan masa lapang.


p/s 2 : mohon semua pembaca yang dikasihi untuk mendoakan saya supaya cepat sembuh. Terima kasih!


p/s 3 : 4hb dah start final exam sem 3 sampai 20hb Jan. Wishing all the best for everyone!




kebun cinta - lagu ku untuk sahabat [nasyid]

Kita

harus mencari sabar dalam persahabatan.

Wednesday, December 14, 2011

rasa

Hampa.

bila sokongan yang kita harapkan tapi tak tercapai.


Sedih.

atas apa yang berlaku.


terima kasih. =.=


* sekarang nak kongsi dengan siapa lagi?

Monday, December 12, 2011

Program

i just came back from a program.


KONVENSYEN 1MALAYSIA

( Menjana Kepimpinan Mahasiswa Ke Arah Kelestarian Politik Negara) Siri II



p/s 1 : disebabkan terlalu penat berkursus 3h 2m, balik je terus dapatkan rehat. tidur. akibatnya pukul 3 pagi baru dinner. hehe


p/s 2 : i gain a lots from this program. will share about it soon. :)


p/s 3 : The moment i'm down with a 'so-called-group' and in consideration state to leave it, the opportunity just came right in time i guess. and now i've another big responsibility together with my friends to uphold a very serious agenda in university. Hope everything is well, Ya Rabb.


p/s 4 : kerinduan bertambah! ^_^