aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Monday, October 15, 2012

Post sindrom

Ingatkan post sindrom pasal kenapa xjadi MPP ni dah settle, rupanya siang tadi ada lagi persoalan yg sama muncul. adoii penat la den nak jawab.

Cuma satu, den tahu kemampuan diri macam mana, den tahu keputusan yg den buat adalah terbaik dengan bantuan Allah yang pasti.

Benar, satu kelebihan andai anda mampu menapak pada satu lagi aras atas dalam arena kepimpinan, namun bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab dan amanah tu. Mudah untuk saya katakan, saya antara yang tidak mampu itu, serius.

Jadi, apapun keputusan, saya mohon diterima dengan hati yang terbuka, hormati keputusan ini dan tidak akan ada pandang belakang lagi.

InsyaAllah dalam persatuan manapun saya, dalam aktiviti mana sekalipun, sumbangan ini tidak akan pernah terhad dan komitmen itu akan sentiasa ada apatah lagi untuk orang-orang yang bersama saya mengejar cita-cita dalam pentadbiran korporat. :)

# Sekecil manapun sumbangan, sebesar manapun pengorbanan, pastikan ia berguna untuk semuanya : Agama Bangsa Tanah air. :)




den

Untuk makluman :

Den = saya.

hehe, kalau perasan den suka guna perkataan ni dalam blogging. sebab den tu merujuk kepada saya dalam bahasa oghang nogoyi. hehe. Negeri Sembilan laa.


Saturday, October 13, 2012

Dilemma disorder solved! :)

owhh about previous post!

I've mentioned i'm dilemma in making choices rite?! So here i am, going through my days after making the tough decision!

Sebenarnya xdala difficult mana, cuma bila fikirkan harapan orang lain dan juga tanggungjawab yang kita kena pikul, benda tu jadi besar. Aisehh apa sebenarnya ni? Macam pilihan nak kahwin dengan calon pilihan ibu bapa atau sendiri? gituuu? amboii kahwin sajaaa hehe. (nampak sangat gatal bab kahwin memanjang hehe :P)

owhh bukan bukan. Bulan September lepas kan kecoh setiap universiti dengan hari pengundian MPP. hah tu la yang jadi, den dicalonkan utk jadi MPP tapi atas sebab sebab tertentu maka den isytiharkan den TOLAK dengan jayanya. Reasons? banyak la pulak kalau nak listkan. Antaranya den nak fokus untuk selesaikan Misi Lawatan Antarabangsa Program Korporat yang dah tertangguh yang sepatutnya dijadualkan untuk berangkat dalam tahun ni. Tapi atas sebab dana xcukup lagi, maka kami akan berangkat laa Januari tahun depan insyaAllah. Pergi mana? tunguuu nanti den bagitau ehh. :)

okayy update sampai sini dulu, kena teruskan buat asignments yang berlambak niii. daaa kbai :)


Thursday, September 13, 2012

Dilemma

Dilema antara minat dan tanggungjawab, antara tugas dan pilihan.

Or shall i say this poem suit me the best right now.


Still, i have not choose the road yet. :

Monday, August 27, 2012

Wednesday, January 4, 2012

Exam Fever(2)

Haha. hari ini baru sudah usai satu paper. USUL FIQH 1. Alhamdulillah. mendapat bantuan di saat akhir, terima kasih! hehe

hah nak dijadikan cerita, esok ada lagi paper arab.TARIKH TASHRI. bersamaan juga dengan senior2, yang akan ada paper esok, mostly 2 paper.

maka petang ini, masing-masing keluar dari sarang ( bilik laaa) memecah kesunyian petang dengan lepak belajar sama-sama dekat ruang tamu.

Maka bermulalah hikayat. Masing-masing dengan buku, ada yang duduk dekat meja belajar, ada yang sambil landing pegang buku. ada yang menghadap laptop. ada yang siap duduk bersila antara meja.haha. macam-macam gaya ada!

Baru panaskan enjin buka buku, dah ada supplier kit kat datang. haha. kan dah kata, buka buku baru 5 minit, dah have a break!

lepas tu mula la cerita-cerita dongeng dan impian jenin semata-mata.

" Kalaulah aku boleh rebus buku ni, campur dalam air, lepas tu minum.kan senang!haha"

"Aku nak letak buku atas kepala, lepas tu semua isi dalam buku ni boleh serap masuk dalam kepala aku.kan bagus." haha

dan bermacam-macam lagi la.impian yang takkan pernah boleh dicapai oleh pelajar-pelajar melainkan belajar semata-mata! haha

Konklusinya : Exam ni, belajar laaaaa! hehe





Monday, January 2, 2012

Exam Fever

Inilah yang berlaku apabila students mula risau akan exam yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi.

pegang buku, buka, baca. tak sampai 5 minit dah mula landing. haha

bila tension bertambah mulalah merapu. cakap pasal calon la, pasal kahwin la. inilah kejadah bila satu rumah dengan senior2.

Umur mereka dah cukup nak kahwin, tinggal tunggu green light je. haha

Macam takda isu lain nak bincang kan. Ni antara terapi hilangkan stress. hehe. Think positive la!