aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Sunday, August 7, 2011

suddenly.

di hari sabtu yang tenang. ketika sedang lepak depan tv.

tiba-tiba je bapa aku keluar dari bilik dan cari aku.

"Ratna, lepas habis belajar degree nanti, kerja dulu dalam 3 tahun, dalam masa tu kahwin.baru sambung belajar balik."

aku???hahahaha.terdiam dan tak terkata den hah,dahla tiba-tiba cakap macam tu.takda angin takda ribut.kenapakah?hehe.bila aku fikir balik, ni mesti kes sebab apa yang aku dah bagitau kat bapa aku plan habis degree nanti.

awal lagi aku dah bagitau yang lepas habis degree aku nak sambung terus ambik professional exam untuk company secretary di MAICSA, tempoh belajar dlm masa setahun. lepas tu aku nak sambung terus master. lepas tu nak ambil terus pHD.kalau boleh convert master pegi pHD terus lagi bagus. dalam masa yang sama kerja insyaAllah. patutla, rupanya aku takda cakap langsung pasal nak kahwin atau yang seumpama dengannya.semuanya pasal belajar, belajar, kerja.

bayangkan je la, habis degree dalam umur 23 tahun, sambung professional exam dah 24 tahun. master paling kurang 2-3 tahun, dah 26 - 27 tahun. eh awal je masih...muda lagi la.hehe.

haiyaaa, ni pun mesti sebab kes abang dengan kakak aku tak kahwin2 lagi. eh standard la kan, akak aku baru je habis study.sekarang tengah tunggu nak konvo. lelaki pulak biasala kahwin lambat, besar tanggungjawab. aku? tak terfikir lagi semua tu.hehe.banyak benda lagi yang aku nak capai dalam hidup ni.

bila aku kata : "relaks la dad, jodoh tu akan datang dengan sendiri.nda payah la cari. heee :) "

ambik, ni jawapan bapa aku : "amboiii, sedangkan rezeki pun kena cari. kejayaan pun kena usaha.inikan jodoh. kalau tak cari mana nak dapat. "

aku : gulppp.telan air liur je la. eh puasa. tak boleh.tak boleh. hee

adoiii.apalah nasib aku hari ni.tiba-tiba dihujani dengan persoalan ni.hee. yang pasti, belum tiba masanya aku nak cari.so, biarkan je la..heee. :)


"manusia hanya merancang, Allah penentu segalanya. Berserah kepadaNya dan yakin akan setiap ketentuanNya. Kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersurat dan tersirat. Aku mohon perlindungan dari-Mu Ya Allah, tunjukkan hamba-Mu ini jalan yang terbaik dan dalam redha-Mu. ameen. "