aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Wednesday, October 12, 2011

Sahabat,

ketika amarah menerpa, aku pilih diam dari berbicara.
namun seringkali diam itu juga disalah tafsir.

bukan tidak mahu mengalah,
cuma perlu masa untuk memberi kemaafan.

kalau kau tahu bahawa memohon sebuah kemaafan itu tidak mudah,
maka memberi kemaafan jauh lagi sukar.

aku mohon kau belajar dari kesilapan,
supaya kelak jangan mudah memperlekeh janji.

aku tidak reti mahupun arif mengatur kata,
untuk mengembalikan semula keadaan dulu.

namun, jika kau rasa masanya perlu untuk keadaan jernih semula,
maka hulurkan sapaan persahabatan itu kembali.

belajar dari kesilapan agar peristiwa sama tidak berulang.

2 comments:

  1. mcm mana nak hulur sapaan kalau langsung tak mahu menyambut? ;p

    ReplyDelete
  2. hahahaha..teeetttt! sila cuba lagi la jawabnya! :)

    ReplyDelete