Di saat seminggu diperuntukkan untuk cuti ulangkaji, aku jatuh demam.
Cuba mencari punca bagaimana boleh sakit. Mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu di Nilai.
Rupa-rupanya setelah diselak kembali perjalanan hari-hari yang lalu, aku berjumpa puncanya.
Kerana semangat cuti bermula Jumaat, maka malam itu kami iaitu budak-budak rumah gagahkan diri untuk ke Dataran Nilai selepas makan malam. Hendak merehatkan diri tujuannya sambil mencari makanan sampingan. Namun sanggup meredah hujan yang tidak kurang lebatnya. haha! padan muka!
Dan malam sabtu aku mula bersin tak henti-henti. Ingatkan sebab pasang kipas kuat dengan kelajuan maksima 5 hampir nak terbang, rupanya petanda nak demam.
Dan malam ini, hah mulalah aku tidak boleh bernafas dek kerana selesema. Badan telah mulai panas sejak tengah hari tadi.
Kini, terlantar la ia. hehehe. Nampak gayanya kena tidur awal untuk pulihkan tenaga. Seminggu ini harus digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengulang kaji silibus. 8 subjek semuanya. sepatutnya 7 sahaja, tapi saya tambah Bahasa Mandarin untuk sem ini! hehe.
Oleh itu, adiosssss! :)
p/s 1 : Teringat kembali : 2 nikmat yang sering dilupakan adalah - Nikmat sihat dan masa lapang.
p/s 2 : mohon semua pembaca yang dikasihi untuk mendoakan saya supaya cepat sembuh. Terima kasih!
p/s 3 : 4hb dah start final exam sem 3 sampai 20hb Jan. Wishing all the best for everyone!
No comments:
Post a Comment