Ingatkan post sindrom pasal kenapa xjadi MPP ni dah settle, rupanya siang tadi ada lagi persoalan yg sama muncul. adoii penat la den nak jawab.
Cuma satu, den tahu kemampuan diri macam mana, den tahu keputusan yg den buat adalah terbaik dengan bantuan Allah yang pasti.
Benar, satu kelebihan andai anda mampu menapak pada satu lagi aras atas dalam arena kepimpinan, namun bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab dan amanah tu. Mudah untuk saya katakan, saya antara yang tidak mampu itu, serius.
Jadi, apapun keputusan, saya mohon diterima dengan hati yang terbuka, hormati keputusan ini dan tidak akan ada pandang belakang lagi.
InsyaAllah dalam persatuan manapun saya, dalam aktiviti mana sekalipun, sumbangan ini tidak akan pernah terhad dan komitmen itu akan sentiasa ada apatah lagi untuk orang-orang yang bersama saya mengejar cita-cita dalam pentadbiran korporat. :)
# Sekecil manapun sumbangan, sebesar manapun pengorbanan, pastikan ia berguna untuk semuanya : Agama Bangsa Tanah air. :)
Monday, October 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment