aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Saturday, April 30, 2011

alhamdulillah...(part 2)

yaaaa...bertemu kembali dalam ruangan maya ini. aish bukan nak bagi salam.

wahai pembaca-pembaca sekalian, assalamualaikum, moga sentiasa dalam rahmat Allah. :)

kita sambung semula entry lepas.ini sambungan kisah yang berlaku pada laptop den.

lepas dah hantar asg english hari tu, ada pula cabaran kedua yang terpaksa dilalui.hari yang sama juga, satu lagi asg kena hantar. individual asg untuk subjek introduction to muamalat.

Tugasan yang diberikan adalah untuk cari dan pilih artikel yang berkaitan human resources management dan buat ulasan berkaitan artikel tersebut. Maka dengan perasaan yang berkobar-kobar den pun siapkan asg tu dalam masa 2 hari dengan peluh memercik dan panas hujan yang terpaksa dilalui kerana kesungguhan nak siapkan asg dengan sebaik mungkin.. *ini hiperbola saja :)

siaaaaapppp! artikel 1 page dan ulasan 6 pages.alhamdulillah, rasa lega bila dah siapkan tugasan untuk allocation carry mark final exam. bila nak print tu, inilah yang berlaku. kes yang sama dalam entry lepas sebab den print pada hari yang sama dengan asg eng.nak dijadikan cerita, asg muamalat tu dah hilang 100%!!! dah takda copy dan dah takda recovery file.

rasa waktu tu macam dah nak give up sangat sebab bayangkanlah asg yang kita dah buat sehabis daya tapi boleh hilang macam tu ja.masa tu dah tak tahu nak cakap apa lagi. T.T

bila habis kelas petang tu dalam pukul 4pm, den dengan kawan-kawan pun keluarlah makan sebab memang tak makan langsung memandangkan gap kelas cuma kejap ja.kebetulan waktu tu ada sorang lagi kawan baik den ni join makan sekali.maka diceritakanlah padanya peristiwa yang berlaku pada hari tu.

bila tengok kita dah rasa hampa, kawan ni pun bagilah kata2 semangat.

"ini ujianlah untuk kau ratna, kena banyakkan sabar.mesti ada hikmah dengan apa yang berlaku.lepas ni peringatan untuk kau supaya buat back up untuk dokumen yang penting. pasal asg tu jangan risaulah, lewat sikit nak hantar pun boleh. kalau kau nak rujuk asg aku pun boleh. tapi kalau kau nak buat balik asg tu masih sempat lagi.kau cuma perlukan masa sejam untuk siapkan sebab kau dah tahu contents dalam asg kau tu.." *lebih kurang macam ni la ayat kawan tu.

terharu.* T.T*

then balik bilik, dengan pertolongan ana yang baik hati untuk pinjamkan laptop dan broadband, aku pun kumpul semangat balik dan siapkan asg muamalat dalam masa yang terhad memandangkan kelas untuk subjek tu pada malamnya pukul 8pm.

tab..tab..tab...siap!! then dalam pukul 730pm asg tu pun dapat disiapkan hampir sebiji dengan asg yang dah hilang tu, cuma ada beberapa bahagian yang terpaksa diringkaskan. alhamdulillah, dalam masa sejam asg tu dapat disiapkan dan print!!

alhamdulillah..alhamdulillah...tak henti-henti kalimah tahmid daripada bibir atas bantuan yang diberikan oleh Allah sebab akhirnya asg dapat juga dihantar pada malam tu.

terima kasih juga pada kawan-kawan yang banyak membantu!


**to be continued. :)


Thursday, April 21, 2011

alhamdulillah...(part 1)

alhamdulillah..kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas segala nikmat dan limpah kurnia yang diberikan kepada hambaNya...


tak henti-henti ucapan syukur meniti di bibir atas pertolongan Allah kepada hambaNya yang kerdil ini.


Sebenarnya dalam beberapa minggu ni asyik runsing sebab laptop ada masalah.bukan kecil tapi besar.besar??macam mana tu??hee.


kejadian ni bermula masa minggu orang sibuk nak hantar assignments sebelum study week hari tu. pagi tu *tak ingat la kan tarikh bila tapi yang pasti hari tu hari isnin. ok2 sambung. hari tu deadline untuk hantar asg english market survey, so dah readyla masukkan asg tu dalam pendrive untuk di print pagi tu.mintalah bantuan groupmate untuk pergi pkp (ne short form untuk pusat kemudahan pelajar) dan print. bila dah print den pun check la, walawey! setting lariii la... tak lawa macam ne.kena print balik ni.


so kami pun decided untuk print balik.


ana : " nak print dekat pkp lagi atau nak print kat luar? aku malas nak pusingkan kereta ne.kita print dekat luar je la ea.."


aku : hah ok2.print je la kat luar.lagipun kelas ada lagi dalam setengah jam, sempat ni.


sampai je kat kedai pak cik photostat tu, masukkan pendrive dan print...


taaadaaaaaaaa! "the folder is empty"


haaaaaa?????ish biar betul.check lagi.check punya check.sah! memang empty! rupanya pc tu automatic scan virus.tak pasal2 hampir semua dokumen aku kena buang termasukla fail asg yang kena hantar pada hari yang sama.asg english dgn asg muamalat! maaaaaaaaaaaaa, aku dah cuak waktu tu. then ingat balik yang ada lagi copy dekat laptop.


"ok jom balik bilik, copy dari laptop n print.sempat ni ada lagi dlm 15 minit."


pecuuutttttt lari balik bilik*hiperbola semata, guna kereta la.hehe.


sampai je bilik terus capai laptop dalam loker dan on.


suddenly...." eh apasal laptop aku tak boleh nak on ni.dah try banyak kali dah.tekan butang on je tak nak jadi apa-apa dekat laptop ni.nyala lampu pun tak."


dua-dua dah cuak.haaaaaaaahahaha!"ini dah lewat ni, lagi berapa minit kelas nak mula.nak buat macam mana?"


aku pun : "kita jumpa miss dulu, hantar je dulu asg ni. bagitau kat miss apa yang jadi, kalau miss tak nak terima asg ni kita print dan hantar yg baru."


sampai je dekat kelas memanglah dah lewat kan, adalah lewat dalam 15 minit.nasib baik miss pun baru je masuk kelas tu. teeeetttt."ok habis masa dah.jom jumpa miss"


dengan muka kesian jumpa miss dan explain apa yang berlaku.


miss pun " its ok.dont worry.i will look the contents only, any technical problems it doesnt matter.as long as the contents is good, then it'l be fine."


fuuuhhhhhh.lega.nasib baik miss faham!first prob selesai.


datang pula 2nd prob.haaaaaaaaaaaaaa! lagiiila menguji kesabaran.


haaa, rasanya post ne dah panjang sgt.jumpat next entry la yer..heee!



:)

Wednesday, April 20, 2011

lagiiiii....

syuh..syuh..syuh...*cis banyak sungguh lipas, serangga, nyamuk dalam ne..meh sini cleaner dtg nak tolong basuh.

sedar tak sedar rupanya dah hampir setahun tak update blog ne. ingatkan takda orang yang baca, rupanya cek punya cek adala jugak walaupun sikit.

takpela, lately ne memang fikir nak update every single things about my personal life dalam ni.sekurang-kurangnya ada medium nak bercerita. almaklumla, den ne memang tak reti nak bercerita dekat orang. sepatah mu tanya, sepatah la den jawabnye. iye ke??heee.

ce cita.ce cita...* semua orang asyik busy dengan quote ne, aku pun jadi tak faham. orang cakap usop wilcha, aku geleng kepala. orang bagitau soley-soley, aku buat muka blur. sebabnya memang aku tak tahu pun apa benda tu.rupa-rupanya dorang dok asyik cakap usop dalam movie hantu kak limah balik rumah tu lah rupanya. kesian, sungguh ketinggalan den movie2 ne.haha.its ok.

sebenarnya sekarang ni tengah cuti seminggu untuk study week, tapi hairan pulak la yer tiba2 boleh update blog ne. biasalah, dah penat ulangkaji, buka laptop kejap.online fb, check dan updatestatus everyone(if i manage to do that).then usha2 blog. akhirnya adalah juga post dekat sini.

sedar tak sedar rupanya dah habis 2 semester dekat usim ne, maksudnya ada lagi 6 semester = 3 tahun perjuangan di sini. bukan mudah sebenarnya untuk menerima hakikat yang diri sebenarnya jauh daripada tanah tempat lahir dan keluarga sendiri. hari-hari berfikir mampukah nak habiskan masa di negeri orang sepanjang pengajian ni? tapi setiap monolog tu berjaya juga dijawab dan dikendalikan dengan berfikir balik tujuan hidup dan niat nak menuntut ilmu. bukankah dengan setiap pengembaraan itu bersamanya pengalaman dan ketabahan?sebab itu den kuatkan juga diri untuk tempuhi semua cabaran yang datang.alhamdulillah, walaupun keluarga jauh tapi sokongan sentiasa ada dan tak pernah kering terutama daripada mama dan bapa.

aishh, tersedih la pulak. dah2, emosi kena jaga..heee.*ok, this is seriously not me.heee.

orait jom balik pada topik sem 2 ne. dalam sem ne den belajar 6 subjek semuanya dan cuma 5 subjek ada final exam which are : ekonomi perniagaan, pengantar perniagaan, bahasa arab (sains sosial), marketing dan dakwah.

alhamdulillah setakat ne hampir semua subjek boleh dikuasai cuma agak risau untuk subjek dakwah. subjek ne dalam bahasa arab, sebenarnya bukan bahasa jadi masalah cuma masih tak dapat cari lagi cara terbaik untuk master subjek ne. cuba juga untuk baca buku dan faham, tapi hampir setiap isi dalam buku tu penting.mula2 agak pening juga nak baca, tapi alhamdullillah datang alternatif dalam study week ne. dengan bantuan kawan2 dari FPQS, dorang bermurah hati untuk bagi nota slides yang dah compressed dengan isi2 penting subjek dakwah. semua ni hasil usaha ustaz dorang yang juga merupakan penulis asal buku yang kami gunakan untuk subjek ni.

sekarang, insyaAllah dakwah dah boleh study dengan aman dan semoga study week ni boleh digunakan dengan sebaiknya untuk diri saya dan juga semua kawan-kawan.

lastly, selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya dan semoga setiap ilmu yang kita pelajari bukan hanya untuk dimuntahkan semasa peperiksaan tapi pastikan bahawa setiap ilmu yang kita ada digunakan untuk kemajuan diri sendiri dan dimanfaatkan untuk ummah.ketahuilah, bahawa setiap ilmu itu berharga dan sangat bernilai, maka aplikasikanlah ia untuk tujuan yang bermanfaat juga.

sekian untuk kali ini, berjumpa lagi entry akan datang~

Wassalam!