aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Saturday, April 30, 2011

alhamdulillah...(part 2)

yaaaa...bertemu kembali dalam ruangan maya ini. aish bukan nak bagi salam.

wahai pembaca-pembaca sekalian, assalamualaikum, moga sentiasa dalam rahmat Allah. :)

kita sambung semula entry lepas.ini sambungan kisah yang berlaku pada laptop den.

lepas dah hantar asg english hari tu, ada pula cabaran kedua yang terpaksa dilalui.hari yang sama juga, satu lagi asg kena hantar. individual asg untuk subjek introduction to muamalat.

Tugasan yang diberikan adalah untuk cari dan pilih artikel yang berkaitan human resources management dan buat ulasan berkaitan artikel tersebut. Maka dengan perasaan yang berkobar-kobar den pun siapkan asg tu dalam masa 2 hari dengan peluh memercik dan panas hujan yang terpaksa dilalui kerana kesungguhan nak siapkan asg dengan sebaik mungkin.. *ini hiperbola saja :)

siaaaaapppp! artikel 1 page dan ulasan 6 pages.alhamdulillah, rasa lega bila dah siapkan tugasan untuk allocation carry mark final exam. bila nak print tu, inilah yang berlaku. kes yang sama dalam entry lepas sebab den print pada hari yang sama dengan asg eng.nak dijadikan cerita, asg muamalat tu dah hilang 100%!!! dah takda copy dan dah takda recovery file.

rasa waktu tu macam dah nak give up sangat sebab bayangkanlah asg yang kita dah buat sehabis daya tapi boleh hilang macam tu ja.masa tu dah tak tahu nak cakap apa lagi. T.T

bila habis kelas petang tu dalam pukul 4pm, den dengan kawan-kawan pun keluarlah makan sebab memang tak makan langsung memandangkan gap kelas cuma kejap ja.kebetulan waktu tu ada sorang lagi kawan baik den ni join makan sekali.maka diceritakanlah padanya peristiwa yang berlaku pada hari tu.

bila tengok kita dah rasa hampa, kawan ni pun bagilah kata2 semangat.

"ini ujianlah untuk kau ratna, kena banyakkan sabar.mesti ada hikmah dengan apa yang berlaku.lepas ni peringatan untuk kau supaya buat back up untuk dokumen yang penting. pasal asg tu jangan risaulah, lewat sikit nak hantar pun boleh. kalau kau nak rujuk asg aku pun boleh. tapi kalau kau nak buat balik asg tu masih sempat lagi.kau cuma perlukan masa sejam untuk siapkan sebab kau dah tahu contents dalam asg kau tu.." *lebih kurang macam ni la ayat kawan tu.

terharu.* T.T*

then balik bilik, dengan pertolongan ana yang baik hati untuk pinjamkan laptop dan broadband, aku pun kumpul semangat balik dan siapkan asg muamalat dalam masa yang terhad memandangkan kelas untuk subjek tu pada malamnya pukul 8pm.

tab..tab..tab...siap!! then dalam pukul 730pm asg tu pun dapat disiapkan hampir sebiji dengan asg yang dah hilang tu, cuma ada beberapa bahagian yang terpaksa diringkaskan. alhamdulillah, dalam masa sejam asg tu dapat disiapkan dan print!!

alhamdulillah..alhamdulillah...tak henti-henti kalimah tahmid daripada bibir atas bantuan yang diberikan oleh Allah sebab akhirnya asg dapat juga dihantar pada malam tu.

terima kasih juga pada kawan-kawan yang banyak membantu!


**to be continued. :)


No comments:

Post a Comment