syuh..syuh..syuh...*cis banyak sungguh lipas, serangga, nyamuk dalam ne..meh sini cleaner dtg nak tolong basuh.
sedar tak sedar rupanya dah hampir setahun tak update blog ne. ingatkan takda orang yang baca, rupanya cek punya cek adala jugak walaupun sikit.
takpela, lately ne memang fikir nak update every single things about my personal life dalam ni.sekurang-kurangnya ada medium nak bercerita. almaklumla, den ne memang tak reti nak bercerita dekat orang. sepatah mu tanya, sepatah la den jawabnye. iye ke??heee.
ce cita.ce cita...* semua orang asyik busy dengan quote ne, aku pun jadi tak faham. orang cakap usop wilcha, aku geleng kepala. orang bagitau soley-soley, aku buat muka blur. sebabnya memang aku tak tahu pun apa benda tu.rupa-rupanya dorang dok asyik cakap usop dalam movie hantu kak limah balik rumah tu lah rupanya. kesian, sungguh ketinggalan den movie2 ne.haha.its ok.
sebenarnya sekarang ni tengah cuti seminggu untuk study week, tapi hairan pulak la yer tiba2 boleh update blog ne. biasalah, dah penat ulangkaji, buka laptop kejap.online fb, check dan updatestatus everyone(if i manage to do that).then usha2 blog. akhirnya adalah juga post dekat sini.
sedar tak sedar rupanya dah habis 2 semester dekat usim ne, maksudnya ada lagi 6 semester = 3 tahun perjuangan di sini. bukan mudah sebenarnya untuk menerima hakikat yang diri sebenarnya jauh daripada tanah tempat lahir dan keluarga sendiri. hari-hari berfikir mampukah nak habiskan masa di negeri orang sepanjang pengajian ni? tapi setiap monolog tu berjaya juga dijawab dan dikendalikan dengan berfikir balik tujuan hidup dan niat nak menuntut ilmu. bukankah dengan setiap pengembaraan itu bersamanya pengalaman dan ketabahan?sebab itu den kuatkan juga diri untuk tempuhi semua cabaran yang datang.alhamdulillah, walaupun keluarga jauh tapi sokongan sentiasa ada dan tak pernah kering terutama daripada mama dan bapa.
aishh, tersedih la pulak. dah2, emosi kena jaga..heee.*ok, this is seriously not me.heee.
orait jom balik pada topik sem 2 ne. dalam sem ne den belajar 6 subjek semuanya dan cuma 5 subjek ada final exam which are : ekonomi perniagaan, pengantar perniagaan, bahasa arab (sains sosial), marketing dan dakwah.
alhamdulillah setakat ne hampir semua subjek boleh dikuasai cuma agak risau untuk subjek dakwah. subjek ne dalam bahasa arab, sebenarnya bukan bahasa jadi masalah cuma masih tak dapat cari lagi cara terbaik untuk master subjek ne. cuba juga untuk baca buku dan faham, tapi hampir setiap isi dalam buku tu penting.mula2 agak pening juga nak baca, tapi alhamdullillah datang alternatif dalam study week ne. dengan bantuan kawan2 dari FPQS, dorang bermurah hati untuk bagi nota slides yang dah compressed dengan isi2 penting subjek dakwah. semua ni hasil usaha ustaz dorang yang juga merupakan penulis asal buku yang kami gunakan untuk subjek ni.
sekarang, insyaAllah dakwah dah boleh study dengan aman dan semoga study week ni boleh digunakan dengan sebaiknya untuk diri saya dan juga semua kawan-kawan.
lastly, selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya dan semoga setiap ilmu yang kita pelajari bukan hanya untuk dimuntahkan semasa peperiksaan tapi pastikan bahawa setiap ilmu yang kita ada digunakan untuk kemajuan diri sendiri dan dimanfaatkan untuk ummah.ketahuilah, bahawa setiap ilmu itu berharga dan sangat bernilai, maka aplikasikanlah ia untuk tujuan yang bermanfaat juga.
sekian untuk kali ini, berjumpa lagi entry akan datang~
Wassalam!
No comments:
Post a Comment