aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Saturday, November 24, 2012

Down Memory Lane (Part 1) : Hiking and Jungle Trekking

Assalamualaikum! 

Rasanya lama dah nak tulis pasal entry pengalaman hiking dan jungle trekking ni cuma bila memikirkan gambar2 banyak dalam simpanan laptop dulu, terus rasa  macam malaassss nak cari balik! haha 

Cari punya cari terjumlah sekeping dua..Jom teruskan! 

Pengalaman pertama untuk hiking adalah naik bukit menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan, Casa Rachado. Waktu ni baru sudah SPM dan tengah tunggu keputusan nak keluar tup tup dapat pulak panggilan untuk PKTR (Program Kepimpinan Tun Razak) selama 2 minggu dekat KL dan Negeri Sembilan. Sebenarnya sebelum cuti tu dah dapat calling for interview untuk program ni, tak sangka berjaya move to next stage. (Serius interview takutt gilerr wehh susah!)

So dalam program ni kami berkesempatan la nak naik bukit ni, waktu tu aku dah macam ehh semput tak larat macam mana nak naik ni? Gunung Kinabalu pun aku tak tawan lagi, inikan bukit pulak? adoiiii. (Hiperbola padahal bukit ni takda la tinggi mana haha!)


Can you spot where am I? Yes? Good! No? Its ok mann ^.^

Ketinggian bukit ni dari aras laut dalam 500m - 700m dengan bilangan anak tangga 60+ untuk sampai ke rumah api tu. Bila nak turun kita akan lalu satu pantai dan pemandangan waktu tu sunset sampai Subhanallah cantik sungguhhh!

Petang tu sungguh penat! Tapi semua masih lagi bersemangat dan apa lagi BBQ laaa malam tu. Aiseh takda la pulak kami yang rajin nak sediakan, pihak hotel yang prepare dan waktu tu kami stay Casa Rachado Beach Resort sebelum teruskan next program dengan next pit stop! 

Untuk sesiapa yang sukakan pemandangan cantik sunset atau sunrise, saya cadangkan untuk naik ke bukit ni. Juga bagi amatur yang baru nak berjinak-jinak nak jadikan hiking sebagai hobi hujung minggu, pun boleh mantapkan stamina dengan naik bukit ni dulu. Mulakan dari bukit dulu nanti nak tawan Gunung Everest pun dah jadi kacangg je laaa! :D

Pengalaman kedua? Nantikan siri hiking and jungle trekking seterusnya! :)

Monday, November 19, 2012

Kannnn dahhh jadiiii

Baru ku katakan letih, dan hari ini sudah terlantar sehari berselubungkan selimut tebal kerana demam panas yang tiba-tiba berkunjung tiba dan aku akhirnya terpaksa memontengkan diri dari kepadatan kelas sehari. 

Bila disuruh berjumpa doktor, "sila belikan saya air badak penyejuk badan tuuu bersama 2 botol livita yaaaaaaaa terima kasihhhhhh, esok aku kena pergi kelassss." =.= 



Haiiii encik badakkkkk yang owsem awak sungguh hensem!

Sunday, November 18, 2012

Aku juga biasa

Terlalu banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Sehingga terkadang aku terlupa keperluan diri. Penat, letih? Ya, ada kalanya aku juga kalah dengan emosi.

Sekian.

(Tetap menanti saatnya tiba dengan kesabaran)


Wednesday, November 14, 2012

Why?

Kinda like i'm in fragile state right now. Yes, I know the reasons why. =.=

Bye.

Tuesday, November 13, 2012

I am...





 It describe me well. haha!

*Wanna find out more? Do read Personality Plus by Florence Littauer as she listed out four type of personality includes :

1. Popular Sanguine
2. Powerful Choleric
3. Perfect Melancholy
4. Peaceful Phlegmatic 

And you'll have opportunity to answer the quiz in the book. Here is the cover page of the book :


 
 Here! Here! Try this out! :)
 

Wednesday, October 31, 2012

KAU

Jangan mudah membuat tuduhan tanpa berasas. Kelak nanti kerana mulut badan binasa.

Apabila sengketa dimulakan bersama api, maka berhati-hati sepanjang hidupmu.

BERWASPADA.

Monday, October 15, 2012

Post sindrom

Ingatkan post sindrom pasal kenapa xjadi MPP ni dah settle, rupanya siang tadi ada lagi persoalan yg sama muncul. adoii penat la den nak jawab.

Cuma satu, den tahu kemampuan diri macam mana, den tahu keputusan yg den buat adalah terbaik dengan bantuan Allah yang pasti.

Benar, satu kelebihan andai anda mampu menapak pada satu lagi aras atas dalam arena kepimpinan, namun bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab dan amanah tu. Mudah untuk saya katakan, saya antara yang tidak mampu itu, serius.

Jadi, apapun keputusan, saya mohon diterima dengan hati yang terbuka, hormati keputusan ini dan tidak akan ada pandang belakang lagi.

InsyaAllah dalam persatuan manapun saya, dalam aktiviti mana sekalipun, sumbangan ini tidak akan pernah terhad dan komitmen itu akan sentiasa ada apatah lagi untuk orang-orang yang bersama saya mengejar cita-cita dalam pentadbiran korporat. :)

# Sekecil manapun sumbangan, sebesar manapun pengorbanan, pastikan ia berguna untuk semuanya : Agama Bangsa Tanah air. :)




den

Untuk makluman :

Den = saya.

hehe, kalau perasan den suka guna perkataan ni dalam blogging. sebab den tu merujuk kepada saya dalam bahasa oghang nogoyi. hehe. Negeri Sembilan laa.


Saturday, October 13, 2012

Dilemma disorder solved! :)

owhh about previous post!

I've mentioned i'm dilemma in making choices rite?! So here i am, going through my days after making the tough decision!

Sebenarnya xdala difficult mana, cuma bila fikirkan harapan orang lain dan juga tanggungjawab yang kita kena pikul, benda tu jadi besar. Aisehh apa sebenarnya ni? Macam pilihan nak kahwin dengan calon pilihan ibu bapa atau sendiri? gituuu? amboii kahwin sajaaa hehe. (nampak sangat gatal bab kahwin memanjang hehe :P)

owhh bukan bukan. Bulan September lepas kan kecoh setiap universiti dengan hari pengundian MPP. hah tu la yang jadi, den dicalonkan utk jadi MPP tapi atas sebab sebab tertentu maka den isytiharkan den TOLAK dengan jayanya. Reasons? banyak la pulak kalau nak listkan. Antaranya den nak fokus untuk selesaikan Misi Lawatan Antarabangsa Program Korporat yang dah tertangguh yang sepatutnya dijadualkan untuk berangkat dalam tahun ni. Tapi atas sebab dana xcukup lagi, maka kami akan berangkat laa Januari tahun depan insyaAllah. Pergi mana? tunguuu nanti den bagitau ehh. :)

okayy update sampai sini dulu, kena teruskan buat asignments yang berlambak niii. daaa kbai :)


Thursday, September 13, 2012

Dilemma

Dilema antara minat dan tanggungjawab, antara tugas dan pilihan.

Or shall i say this poem suit me the best right now.


Still, i have not choose the road yet. :

Monday, August 27, 2012

Wednesday, January 4, 2012

Exam Fever(2)

Haha. hari ini baru sudah usai satu paper. USUL FIQH 1. Alhamdulillah. mendapat bantuan di saat akhir, terima kasih! hehe

hah nak dijadikan cerita, esok ada lagi paper arab.TARIKH TASHRI. bersamaan juga dengan senior2, yang akan ada paper esok, mostly 2 paper.

maka petang ini, masing-masing keluar dari sarang ( bilik laaa) memecah kesunyian petang dengan lepak belajar sama-sama dekat ruang tamu.

Maka bermulalah hikayat. Masing-masing dengan buku, ada yang duduk dekat meja belajar, ada yang sambil landing pegang buku. ada yang menghadap laptop. ada yang siap duduk bersila antara meja.haha. macam-macam gaya ada!

Baru panaskan enjin buka buku, dah ada supplier kit kat datang. haha. kan dah kata, buka buku baru 5 minit, dah have a break!

lepas tu mula la cerita-cerita dongeng dan impian jenin semata-mata.

" Kalaulah aku boleh rebus buku ni, campur dalam air, lepas tu minum.kan senang!haha"

"Aku nak letak buku atas kepala, lepas tu semua isi dalam buku ni boleh serap masuk dalam kepala aku.kan bagus." haha

dan bermacam-macam lagi la.impian yang takkan pernah boleh dicapai oleh pelajar-pelajar melainkan belajar semata-mata! haha

Konklusinya : Exam ni, belajar laaaaa! hehe





Monday, January 2, 2012

Exam Fever

Inilah yang berlaku apabila students mula risau akan exam yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi.

pegang buku, buka, baca. tak sampai 5 minit dah mula landing. haha

bila tension bertambah mulalah merapu. cakap pasal calon la, pasal kahwin la. inilah kejadah bila satu rumah dengan senior2.

Umur mereka dah cukup nak kahwin, tinggal tunggu green light je. haha

Macam takda isu lain nak bincang kan. Ni antara terapi hilangkan stress. hehe. Think positive la!