aku tidak pandai meluah rasa, tidak reti mengungkap bicara.

tapi berikan aku 1001 rencah, bisa ku teladani menjadi pengajaran hidup.

Sunday, December 25, 2011

naaaahhhhh

Di saat seminggu diperuntukkan untuk cuti ulangkaji, aku jatuh demam.


Cuba mencari punca bagaimana boleh sakit. Mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu di Nilai.


Rupa-rupanya setelah diselak kembali perjalanan hari-hari yang lalu, aku berjumpa puncanya.


Kerana semangat cuti bermula Jumaat, maka malam itu kami iaitu budak-budak rumah gagahkan diri untuk ke Dataran Nilai selepas makan malam. Hendak merehatkan diri tujuannya sambil mencari makanan sampingan. Namun sanggup meredah hujan yang tidak kurang lebatnya. haha! padan muka!


Dan malam sabtu aku mula bersin tak henti-henti. Ingatkan sebab pasang kipas kuat dengan kelajuan maksima 5 hampir nak terbang, rupanya petanda nak demam.


Dan malam ini, hah mulalah aku tidak boleh bernafas dek kerana selesema. Badan telah mulai panas sejak tengah hari tadi.


Kini, terlantar la ia. hehehe. Nampak gayanya kena tidur awal untuk pulihkan tenaga. Seminggu ini harus digunakan dengan sebaik mungkin untuk mengulang kaji silibus. 8 subjek semuanya. sepatutnya 7 sahaja, tapi saya tambah Bahasa Mandarin untuk sem ini! hehe.


Oleh itu, adiosssss! :)


p/s 1 : Teringat kembali : 2 nikmat yang sering dilupakan adalah - Nikmat sihat dan masa lapang.


p/s 2 : mohon semua pembaca yang dikasihi untuk mendoakan saya supaya cepat sembuh. Terima kasih!


p/s 3 : 4hb dah start final exam sem 3 sampai 20hb Jan. Wishing all the best for everyone!




kebun cinta - lagu ku untuk sahabat [nasyid]

Kita

harus mencari sabar dalam persahabatan.

Wednesday, December 14, 2011

rasa

Hampa.

bila sokongan yang kita harapkan tapi tak tercapai.


Sedih.

atas apa yang berlaku.


terima kasih. =.=


* sekarang nak kongsi dengan siapa lagi?

Monday, December 12, 2011

Program

i just came back from a program.


KONVENSYEN 1MALAYSIA

( Menjana Kepimpinan Mahasiswa Ke Arah Kelestarian Politik Negara) Siri II



p/s 1 : disebabkan terlalu penat berkursus 3h 2m, balik je terus dapatkan rehat. tidur. akibatnya pukul 3 pagi baru dinner. hehe


p/s 2 : i gain a lots from this program. will share about it soon. :)


p/s 3 : The moment i'm down with a 'so-called-group' and in consideration state to leave it, the opportunity just came right in time i guess. and now i've another big responsibility together with my friends to uphold a very serious agenda in university. Hope everything is well, Ya Rabb.


p/s 4 : kerinduan bertambah! ^_^

Saturday, December 10, 2011

baik

dari jauh ku memandang,

semakin hari semakin banyak perubahannya...

perubahan baik menuju Allah.

Alhamdulillah, semoga dia kekal di jalan kebaikan itu.

dan aku,

masih meniti jalan berliku,

mencuba untuk menjadi baik sepertinya...

berusaha menggapai redha Allah

untuk menjadi sebaik-baik hambaNya.


Amin.



p/s : andai kita mahukan yang terbaik, maka kita terlebih dahulu perlu menjadi baik, bukan? semoga kerinduan ini mendapat redhaNya. ^_^

Thursday, December 8, 2011

SUFA vs COURSE

this weekend, i supposed to have bowling tournament for SUFA ( which is Sukan Antara Fakulti ), and i'm representing my Faculty of Economy and Muamalat.



i'm very enthusiastic for it since i love bowling so much, plus i just went back from training at Alamanda just now.


however! haiyaaaaa =.=


everything change in just a few second! i got a short notice from HEP ( Hal Ehwal Pelajar ) which stated that i have to go for a course from 9 - 11 Dec 2011, the same date as SUFA on 10 - 11 Dec.


here is part of the letter.



i want to play bowling..!!!

Sunday, December 4, 2011

So it is.

I think i can't stand anymore. i've wrote something about it in my previous post ( here ).

I called myself as burnout. Psychological, emotional, or physical exhaustion.

When i've make a decision, so it is.


=.=


* Next time, do appreciate people around you. At least, show respect to them as a human being.

Thursday, December 1, 2011

2 in 1

In one day, two things hit me.

It might not so big deal, but its enough to tangled my mind.


=.=

Wednesday, November 30, 2011

Unexpected.

Everyday we face with unexpected situations. There is a day where people might scold you in front of the others. Whom who is a stranger. Outsider and not insider. The one with a status in front of their name, a doctor. Not medical but academician.



Somehow being scolded its not a problem for me. But what matter most is, when i'm being scolded without no valid reasons, things which are not my fault. Responsibility that are not fall under me.


I'm there to help. Next time, please be responsible.



" Learning is a part of life. Moving slow is much more better rather than stand still, because at least you keep on progressing to the next level of life."


___________________________________



*I'm not in the good mood and i don't want anger to take over me.How i wish i can play Bowling? yes! Badminton?Yes!unfortunately can't :( Food? good! Sleep? better. Getting myself back to HIM. the best.



Saturday, November 19, 2011

-_-


Philophobia :

Fear of falling in love or being in love.

anyone ? ^__^

Friday, November 18, 2011

cakap, tak cakap.

this was happened today during discussion with my course-mates regarding on a program that we have to organize for our junior.

we were talking and somehow one of my friend talked about something out of topic. i'm getting distracted and begin to nag to him.

me : bla..bla..bla...

him : ish ko ni ratna, memang banyak cakap kan.

me : =.= hah? mana ada la! hah ok la, xpala, lepas ni aku tak nak cakap lagi dah. =.=

him : hah tengok tu, memang banyak cakap betul la. instead of guna ayat ko tadi tu nak bagitau yang ko xnak cakap lagi dah, ko boleh je guna ayat yang lagi mudah.

me : ada ayat yang lagi mudah ke? hah, apa?

him : macam ni, "ok, aku diam." hah kan lagi mudah dari ayat ko yang panjang tu.

me : errrrrr =.= betul jugak.hahahaha

cis! hampeh betul. bila aku cuba senyap kata aku ni serius, tak reti nak senyum. bila aku cakap, kata banyak cakap. hahaha... :P

Sunday, November 13, 2011

Anuar Zain Cinta Harus Memiliki



how nice the lyrics is. and also the song. awesome! :)

food and gathering!

17th September 2011
AYTR Gathering Raya.
Doubletree, Hilton.





Double task!


28th October - 1st November 2011
Kenyalang Debate Open, UiTM Samarahan, Sarawak



: final dinner.

: outing, bandar Kuching.

: across riverside, bot penambang.

: must visit and must buy. kek lapis sarawak.

: environmental friendly. walking to final ceremony venue.

: english and bm teams.

: in accordance to height.... haha

: smile. peace!

Sunday, October 16, 2011

tired


" What is that u like doing?, if u don't like it, get out of it, because u'll be lousy at it, u don't have to stay with a job for the rest of your life, because if u don't like it, u'll never be successful in it"
notes :

- i'm sick for being in that group and somehow one day i might get myself out from them.

Wednesday, October 12, 2011

Sahabat,

ketika amarah menerpa, aku pilih diam dari berbicara.
namun seringkali diam itu juga disalah tafsir.

bukan tidak mahu mengalah,
cuma perlu masa untuk memberi kemaafan.

kalau kau tahu bahawa memohon sebuah kemaafan itu tidak mudah,
maka memberi kemaafan jauh lagi sukar.

aku mohon kau belajar dari kesilapan,
supaya kelak jangan mudah memperlekeh janji.

aku tidak reti mahupun arif mengatur kata,
untuk mengembalikan semula keadaan dulu.

namun, jika kau rasa masanya perlu untuk keadaan jernih semula,
maka hulurkan sapaan persahabatan itu kembali.

belajar dari kesilapan agar peristiwa sama tidak berulang.

Thursday, October 6, 2011

Reward and Holidays!

Lost World of Tambun, Perak.
1-2 Oct 2011





Friends and Foods!


taken : Secret Recipe and Perdana Park, Kota Kinabalu.










Friday, September 2, 2011

ketika ini.


Aku pilih diam dari berbicara,

Aku mahu memerhati dari bertindak.

Sunday, August 7, 2011

suddenly.

di hari sabtu yang tenang. ketika sedang lepak depan tv.

tiba-tiba je bapa aku keluar dari bilik dan cari aku.

"Ratna, lepas habis belajar degree nanti, kerja dulu dalam 3 tahun, dalam masa tu kahwin.baru sambung belajar balik."

aku???hahahaha.terdiam dan tak terkata den hah,dahla tiba-tiba cakap macam tu.takda angin takda ribut.kenapakah?hehe.bila aku fikir balik, ni mesti kes sebab apa yang aku dah bagitau kat bapa aku plan habis degree nanti.

awal lagi aku dah bagitau yang lepas habis degree aku nak sambung terus ambik professional exam untuk company secretary di MAICSA, tempoh belajar dlm masa setahun. lepas tu aku nak sambung terus master. lepas tu nak ambil terus pHD.kalau boleh convert master pegi pHD terus lagi bagus. dalam masa yang sama kerja insyaAllah. patutla, rupanya aku takda cakap langsung pasal nak kahwin atau yang seumpama dengannya.semuanya pasal belajar, belajar, kerja.

bayangkan je la, habis degree dalam umur 23 tahun, sambung professional exam dah 24 tahun. master paling kurang 2-3 tahun, dah 26 - 27 tahun. eh awal je masih...muda lagi la.hehe.

haiyaaa, ni pun mesti sebab kes abang dengan kakak aku tak kahwin2 lagi. eh standard la kan, akak aku baru je habis study.sekarang tengah tunggu nak konvo. lelaki pulak biasala kahwin lambat, besar tanggungjawab. aku? tak terfikir lagi semua tu.hehe.banyak benda lagi yang aku nak capai dalam hidup ni.

bila aku kata : "relaks la dad, jodoh tu akan datang dengan sendiri.nda payah la cari. heee :) "

ambik, ni jawapan bapa aku : "amboiii, sedangkan rezeki pun kena cari. kejayaan pun kena usaha.inikan jodoh. kalau tak cari mana nak dapat. "

aku : gulppp.telan air liur je la. eh puasa. tak boleh.tak boleh. hee

adoiii.apalah nasib aku hari ni.tiba-tiba dihujani dengan persoalan ni.hee. yang pasti, belum tiba masanya aku nak cari.so, biarkan je la..heee. :)


"manusia hanya merancang, Allah penentu segalanya. Berserah kepadaNya dan yakin akan setiap ketentuanNya. Kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersurat dan tersirat. Aku mohon perlindungan dari-Mu Ya Allah, tunjukkan hamba-Mu ini jalan yang terbaik dan dalam redha-Mu. ameen. "

Friday, July 1, 2011

terfikir

apabila ramai orang bercakap tentang kemaafan.

bukan mudah memberi.

bukan mudah menghulurkan.

tunggu andai saatnya akan tiba.

jika mampu.

Thursday, June 30, 2011

emosi ?

adakalanya emosi mengatasi rasional dalam membuat keputusan.

kerana itu pengaruh perasaan.

andai tidak mampu dikawal, maka jadilah ia keputusan "tidak matang".

maaf atas segalanya.

Monday, June 27, 2011

you.

i wish i don't have to "let you go" from my life.
because you have taught me many things.
lessons of life.
hardships.
fun.
patience.
smile.
happiness.
sadness.
brave.
etc.
etc.
etc.
uncountable.

i never thought that somehow one day i will have a friend like you.
but Allah knows the best.
thanks to Allah for giving me such precious opportunity to know you.
as my friend. maybe best friend.
somehow people might see that i am a good friend of you.
and me, myself think that i am your good friends.
sometimes best friend.
but, i don't know, it is the same with you?
maybe NO for you.

i'm trying my best to understand you.
but maybe i've failed.
i can't be a good friend for you i guess.
perhaps you can enjoy your future days with the rest.
and let me alone.
lone ranger.
as usual.

i'm sorry i can't see you now.
to clarified every things.
just so you know,
i'm glad i've been friend with you.
perhaps in a future,
we will meet again.
so you will know the reasons.
if you wish to.

T.T

Friday, June 24, 2011

rasa?

kadang-kadang rasa kecewa. walau tahu mungkin tak sepatutnya rasa macam tu. tapi kalau dah selalu sangat ulang benda yang sama, so what? penat laaaa.

p/s : please take care of ur friend although she's just ur friend.before u loss her, forever. =.=

abc


in the state of denial. of something. unexpected. aishhhhhh. =.=

Friday, June 10, 2011

hati? tangan.

menahan sakit __hati__ *bukan. tapi tangan gara-gara bermain badminton setiap malam tanpa henti.haha. bila tidur tangan kanan atas bantal dan tak bergerak langsung.macam lumpuh pulak.*nauzubillah.

hari ni, sabtu dan ahad off dari main badminton. sambung minggu depan. =)

p/s 1 : i'm quit from bowling's team. sebab hari tournament bertindih dengan kejohanan debat smka. memandangkan kejohanan debat NC lepas juga saya tidak hadir kerana program lain, maka kali ini saya memilih untuk memenuhi tanggungjawab saya pada debat. lagipun bola bowling tak beli lagi plus saya tidak termasuk dalam pasukan yang bertanding untuk tahun ni. so bowling, bubye...jumpa tahun depan andai ada rezeki!

p/s 2 : hujung minggu ni tak boleh lepak bersenang-lenang di bilik tv sebab banyak kerja perlu disiapkan.assignments dan tugasan unit koordinator. bye hindustan! haha

p/s 3 : alahai hati...


Thursday, June 9, 2011

oooooops.

hyeeeeee!

dah berapa hari tak update blog.y? tak sempat online laa.

disebabkan training bowling tak on lagi, maka saya dengan ini mula menjebakkan diri untuk bermain badminton.

pergghhh.memang best sangat. habis kelas je terus main. tak sempat main petang, main malam.terus jadi taff laaa.*ceh perasan je.haha

walaupun saya masih lagi amatur, skill itu penting! haha. fitness la lagi penting.jadi untuk memastikan saya kekal sihat dan cergas, majulah sukan untuk negara!

*saya makin merapu. so off to sleep.haha!

p/s 1 : bila la training bowling nak start ni? tournament lagi 2 minggu. nervous~

p/s 2 : penggambaran filem akan start tak lama lagi, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar!

p/s 3 : tak sabar nak balik kk! =)

Friday, June 3, 2011

aisshhh.

i'm not feeling well since last friday. badan rasa sejuk panas especially bila malam menjelma.*ceh macam vampire pulak.



previously sejak duduk KK1 ni memang jarang guna selimut bila tidur sebab panas.tapi beberapa hari ni asyik berselubung dengan selimut.sejukkk~



maybe its because i'm too tired. every days filled with lecture and tutorial. plus intensive training for debate until late night. went out for programs during weekend, sometime weekdays too. during night, i have to complete lsp tasks and also update for upcoming programs. usually will sleep around 2 to 3 am. wake up around 6 in the morning.



somehow i feel having a tonnes of works is not a big problems. I can still enjoy myself. how? i dont know. but i feel satisfied when i've completed any task with the best effort for it.

but...



there's one day when i bumped into my friend and she asked me where did i went for previous days coz she rarely saw me at my room. as usual i said, went to training and have task to do. then she consult me to give time for myself. dont be too workaholic.



hah? i'm wondering. so for all this while i'm not having my own self-time? dushhhhhh.*aku tak sedar pun perkara ni.tapi macam betul jugak.



tiba-tiba aku terfikir, macam mana nak bagi masa untuk diri aku sendiri? haha. maksudnya aku kena couple ke? *macam mana la aku boleh terfikir soalan ni.hehe.tapi ada rasionalnya kenapa soalan ni yang keluar kot.mungkin sebab most of my friends dah ada bf/gf or bf/gf-to-be or even bf/gf-in-a-list. jadi ada masa yang dorang peruntukkan untuk keluar or makan or talking or etc. dan bila aku takda sebab tu aku seolah-olah takda social life kot.haha.kot eaaa, so ini semua assumption semata-mata.



jadi aku kena couple ke? hahahahaha. giler la. problem-solution betul. tak pasal-pasal nanti bukan cari masa untuk diri sendiri tapi buang masa untuk diri sendiri. nak text la. nak call la.nak jumpa la.aishhhhhhhhh. tak kuasa aku.ayoooo.memang sah aku takda masa untuk diri sendiri kalau macam tu.



heyyy...i'm not trying to say yang aku ni anti-lelaki *as what my cousins claimed me as that type of person* cuma it's not the right time yet. it's not easy to choose the right person tho. i've my own list of chriteria.its a loooonggg list! haha*again, my friends said that i'm too selective*hahaha. of course we've to be selective friend, u'r choosing for ur future and it has a long-term effects.not just for one day relationship within a short-term period. so being choosy, the pros surely will outweight the cons.



ok, this is my verse of love. *tiba-tiba aku jadi jiwang cakap pasal benda ni apa kejadah.haha.nvm, cut the crap, i'l share with you guys about my thought which is actually hard for me to talk about.haha



love is a very important things in life. for me, i can't just simply say i love you or even i like you to any person that i wish to tell to. why? because every time i started to like someone, i'l definitely do my check and balances.in terms of what? in many things, plus to committ into relationship i've to be prepared physically and mentally.i'l try to picture myself with that person in the future. sometimes i feel, yes he's the right person.somehow i feel, oh no,i can't. finally i decided to conclude that i'l never ever tell him about my feelings. because i believe in the future, as time goes by, the right person will come into my life. who? i don't know. lets give it to Allah, the Almighty. He knows the best.




p/s 1 : noted "that person" is not referring to anyone.



p/s 2 : haha. i dont believe that i wrote all this crappy things and posted it.shame~



p/s 3: ok, sebab nak bagi masa untuk diri sendiri saya kini sedang lepak dalam bilik tv sambil online dan ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke bilik tv ini sepanjang saya tinggal di kolej kediaman ini.haha



p/s 4 : ini mesti sebab pengaruh aku tengok al-kuliyyah tajuk "pecahkan ruyung" tapi dorang berbicara pasal bagaimana membina keluarga yang unggul.sebab tu aku punya cerita tiba2 lari tajuk.haha






those fish live happily ever after although they are not in the water but in a car.haha


Thursday, June 2, 2011

SIFE

Being part of SIFE members gives us an opportunity to volunteer our service to the society instead of just focusing on the business projects that will be competed among universities around Malaysia.


1st June 2011. Community project at Pusat Pemulihan OKU Nilai.




let the man do the arts. give them chances to show their creativity.


and let the girls observed how they works.


haha.

hati.

hakikatnya,

dalam mencari rupanya kehilangan.

dalam bermula rupanya pengakhiran.

dalam berkorban rupanya terkorban.

Saturday, May 28, 2011

out again.


is now at UPM serdang. having Great Serdang Debate Championship 2011 (klik sini). USIM send four teams with 12 debaters and i've been assigned as adjudicator among four.

Hope to learn great things around great people, resulting in great experience for great future.

everything is great.

* it's now 2:33 am. will off to sleep within ____ minutes.

Friday, May 27, 2011

it's an hectic days.

currently in short sem for about 1 and 1/2 month. 2 subjects with 2 credit hours, fully arabic. another 2 language subjects for language support program phase 3.

thought of having more time to rest but it's may be just a dream.

this was my day on yesterday.

slept at 4 am. have to finished movie's plot that had been assigned to each group for elsp (english language support prog.) i'm one of the script writers team. we need to produce a folklore stories.

i was slept but i don't think i'm sleeping.

woke up at 540 am. subuh prayer. sleep again.

get ready to class at 7am. bath and ironing baju kurung. yellow theme for the day.

having class from 830 till 11am. break for late-breakfast. kuey teow goreng yang tak sedap!tapi kena juga makan.

discussion on movie storyline-plot-casts-etc. 1130am till 230pm.it's not easy to brainstorm ideas on how to produce a great storyline.

have some rest and lunch.kfc-pizza-domino.*mimpi* nasi + ikan goreng + sambal tempe.

lecture at 3pm till 4pm.

4pm till 10 pm. english debate training. in preparation for great serdang debate championship at upm. going as an adjudicators.

now 1:15 am. continue on working with documents and papers. have to settle down things for kejohanan debat b.arab smka peringkat kebangsaan in june. i was assigned as head of coordinator unit.preparing runners to be allocated for schools involved.

don't know what time to go to sleep.

* i noticed that i'm a workaholic type of person. if that so, i'm really sorry my future-husband-to-be-that- obviously none. haha.


Thursday, May 26, 2011

went out.



sometimes, having leisure time with course mates was worthwhile after had been indulged in works for most of the time. Looking around and enjoy the day.

great.

Wednesday, May 25, 2011

bila.anda.rasa.jatuh?

apabila anda merasakan suka kepada seseorang,

berhati-hati dengan perasaan.

bisa jadi cinta atau benci.

andai yakin dengan cinta itu maka teruskan langkahmu.

andai tahu dipenghujungnya akan ada rasa benci maka tinggalkan jejakmu darinya.

waspadalah,

kerana langkah pertama itu pemula segalanya.

bila ia menjadi tanggungjawab,

anda harus memikulnya.

jika tahu tidak mampu,

maka fikirkanlah.

kesan dan akibat.

sekarang dan akan datang.

Monday, May 23, 2011

jika dia.


andai itu jalan pilihannya, aku redha...

dia berlari mengejar cinta Allah...

membenam diri dalam kasihnya Rasulullah...

cuma hati terkadang meronta...

usah biarkan aku hanyut dengan arus dunia...

aku juga manusia biasa...

tetap mendamba pembimbing yang setia...

yang mampu membawaku ke telaga syurgaNya.

suatu saat nanti.

amin ya Rabb.


Saturday, April 30, 2011

alhamdulillah...(part 2)

yaaaa...bertemu kembali dalam ruangan maya ini. aish bukan nak bagi salam.

wahai pembaca-pembaca sekalian, assalamualaikum, moga sentiasa dalam rahmat Allah. :)

kita sambung semula entry lepas.ini sambungan kisah yang berlaku pada laptop den.

lepas dah hantar asg english hari tu, ada pula cabaran kedua yang terpaksa dilalui.hari yang sama juga, satu lagi asg kena hantar. individual asg untuk subjek introduction to muamalat.

Tugasan yang diberikan adalah untuk cari dan pilih artikel yang berkaitan human resources management dan buat ulasan berkaitan artikel tersebut. Maka dengan perasaan yang berkobar-kobar den pun siapkan asg tu dalam masa 2 hari dengan peluh memercik dan panas hujan yang terpaksa dilalui kerana kesungguhan nak siapkan asg dengan sebaik mungkin.. *ini hiperbola saja :)

siaaaaapppp! artikel 1 page dan ulasan 6 pages.alhamdulillah, rasa lega bila dah siapkan tugasan untuk allocation carry mark final exam. bila nak print tu, inilah yang berlaku. kes yang sama dalam entry lepas sebab den print pada hari yang sama dengan asg eng.nak dijadikan cerita, asg muamalat tu dah hilang 100%!!! dah takda copy dan dah takda recovery file.

rasa waktu tu macam dah nak give up sangat sebab bayangkanlah asg yang kita dah buat sehabis daya tapi boleh hilang macam tu ja.masa tu dah tak tahu nak cakap apa lagi. T.T

bila habis kelas petang tu dalam pukul 4pm, den dengan kawan-kawan pun keluarlah makan sebab memang tak makan langsung memandangkan gap kelas cuma kejap ja.kebetulan waktu tu ada sorang lagi kawan baik den ni join makan sekali.maka diceritakanlah padanya peristiwa yang berlaku pada hari tu.

bila tengok kita dah rasa hampa, kawan ni pun bagilah kata2 semangat.

"ini ujianlah untuk kau ratna, kena banyakkan sabar.mesti ada hikmah dengan apa yang berlaku.lepas ni peringatan untuk kau supaya buat back up untuk dokumen yang penting. pasal asg tu jangan risaulah, lewat sikit nak hantar pun boleh. kalau kau nak rujuk asg aku pun boleh. tapi kalau kau nak buat balik asg tu masih sempat lagi.kau cuma perlukan masa sejam untuk siapkan sebab kau dah tahu contents dalam asg kau tu.." *lebih kurang macam ni la ayat kawan tu.

terharu.* T.T*

then balik bilik, dengan pertolongan ana yang baik hati untuk pinjamkan laptop dan broadband, aku pun kumpul semangat balik dan siapkan asg muamalat dalam masa yang terhad memandangkan kelas untuk subjek tu pada malamnya pukul 8pm.

tab..tab..tab...siap!! then dalam pukul 730pm asg tu pun dapat disiapkan hampir sebiji dengan asg yang dah hilang tu, cuma ada beberapa bahagian yang terpaksa diringkaskan. alhamdulillah, dalam masa sejam asg tu dapat disiapkan dan print!!

alhamdulillah..alhamdulillah...tak henti-henti kalimah tahmid daripada bibir atas bantuan yang diberikan oleh Allah sebab akhirnya asg dapat juga dihantar pada malam tu.

terima kasih juga pada kawan-kawan yang banyak membantu!


**to be continued. :)


Thursday, April 21, 2011

alhamdulillah...(part 1)

alhamdulillah..kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas segala nikmat dan limpah kurnia yang diberikan kepada hambaNya...


tak henti-henti ucapan syukur meniti di bibir atas pertolongan Allah kepada hambaNya yang kerdil ini.


Sebenarnya dalam beberapa minggu ni asyik runsing sebab laptop ada masalah.bukan kecil tapi besar.besar??macam mana tu??hee.


kejadian ni bermula masa minggu orang sibuk nak hantar assignments sebelum study week hari tu. pagi tu *tak ingat la kan tarikh bila tapi yang pasti hari tu hari isnin. ok2 sambung. hari tu deadline untuk hantar asg english market survey, so dah readyla masukkan asg tu dalam pendrive untuk di print pagi tu.mintalah bantuan groupmate untuk pergi pkp (ne short form untuk pusat kemudahan pelajar) dan print. bila dah print den pun check la, walawey! setting lariii la... tak lawa macam ne.kena print balik ni.


so kami pun decided untuk print balik.


ana : " nak print dekat pkp lagi atau nak print kat luar? aku malas nak pusingkan kereta ne.kita print dekat luar je la ea.."


aku : hah ok2.print je la kat luar.lagipun kelas ada lagi dalam setengah jam, sempat ni.


sampai je kat kedai pak cik photostat tu, masukkan pendrive dan print...


taaadaaaaaaaa! "the folder is empty"


haaaaaa?????ish biar betul.check lagi.check punya check.sah! memang empty! rupanya pc tu automatic scan virus.tak pasal2 hampir semua dokumen aku kena buang termasukla fail asg yang kena hantar pada hari yang sama.asg english dgn asg muamalat! maaaaaaaaaaaaa, aku dah cuak waktu tu. then ingat balik yang ada lagi copy dekat laptop.


"ok jom balik bilik, copy dari laptop n print.sempat ni ada lagi dlm 15 minit."


pecuuutttttt lari balik bilik*hiperbola semata, guna kereta la.hehe.


sampai je bilik terus capai laptop dalam loker dan on.


suddenly...." eh apasal laptop aku tak boleh nak on ni.dah try banyak kali dah.tekan butang on je tak nak jadi apa-apa dekat laptop ni.nyala lampu pun tak."


dua-dua dah cuak.haaaaaaaahahaha!"ini dah lewat ni, lagi berapa minit kelas nak mula.nak buat macam mana?"


aku pun : "kita jumpa miss dulu, hantar je dulu asg ni. bagitau kat miss apa yang jadi, kalau miss tak nak terima asg ni kita print dan hantar yg baru."


sampai je dekat kelas memanglah dah lewat kan, adalah lewat dalam 15 minit.nasib baik miss pun baru je masuk kelas tu. teeeetttt."ok habis masa dah.jom jumpa miss"


dengan muka kesian jumpa miss dan explain apa yang berlaku.


miss pun " its ok.dont worry.i will look the contents only, any technical problems it doesnt matter.as long as the contents is good, then it'l be fine."


fuuuhhhhhh.lega.nasib baik miss faham!first prob selesai.


datang pula 2nd prob.haaaaaaaaaaaaaa! lagiiila menguji kesabaran.


haaa, rasanya post ne dah panjang sgt.jumpat next entry la yer..heee!



:)

Wednesday, April 20, 2011

lagiiiii....

syuh..syuh..syuh...*cis banyak sungguh lipas, serangga, nyamuk dalam ne..meh sini cleaner dtg nak tolong basuh.

sedar tak sedar rupanya dah hampir setahun tak update blog ne. ingatkan takda orang yang baca, rupanya cek punya cek adala jugak walaupun sikit.

takpela, lately ne memang fikir nak update every single things about my personal life dalam ni.sekurang-kurangnya ada medium nak bercerita. almaklumla, den ne memang tak reti nak bercerita dekat orang. sepatah mu tanya, sepatah la den jawabnye. iye ke??heee.

ce cita.ce cita...* semua orang asyik busy dengan quote ne, aku pun jadi tak faham. orang cakap usop wilcha, aku geleng kepala. orang bagitau soley-soley, aku buat muka blur. sebabnya memang aku tak tahu pun apa benda tu.rupa-rupanya dorang dok asyik cakap usop dalam movie hantu kak limah balik rumah tu lah rupanya. kesian, sungguh ketinggalan den movie2 ne.haha.its ok.

sebenarnya sekarang ni tengah cuti seminggu untuk study week, tapi hairan pulak la yer tiba2 boleh update blog ne. biasalah, dah penat ulangkaji, buka laptop kejap.online fb, check dan updatestatus everyone(if i manage to do that).then usha2 blog. akhirnya adalah juga post dekat sini.

sedar tak sedar rupanya dah habis 2 semester dekat usim ne, maksudnya ada lagi 6 semester = 3 tahun perjuangan di sini. bukan mudah sebenarnya untuk menerima hakikat yang diri sebenarnya jauh daripada tanah tempat lahir dan keluarga sendiri. hari-hari berfikir mampukah nak habiskan masa di negeri orang sepanjang pengajian ni? tapi setiap monolog tu berjaya juga dijawab dan dikendalikan dengan berfikir balik tujuan hidup dan niat nak menuntut ilmu. bukankah dengan setiap pengembaraan itu bersamanya pengalaman dan ketabahan?sebab itu den kuatkan juga diri untuk tempuhi semua cabaran yang datang.alhamdulillah, walaupun keluarga jauh tapi sokongan sentiasa ada dan tak pernah kering terutama daripada mama dan bapa.

aishh, tersedih la pulak. dah2, emosi kena jaga..heee.*ok, this is seriously not me.heee.

orait jom balik pada topik sem 2 ne. dalam sem ne den belajar 6 subjek semuanya dan cuma 5 subjek ada final exam which are : ekonomi perniagaan, pengantar perniagaan, bahasa arab (sains sosial), marketing dan dakwah.

alhamdulillah setakat ne hampir semua subjek boleh dikuasai cuma agak risau untuk subjek dakwah. subjek ne dalam bahasa arab, sebenarnya bukan bahasa jadi masalah cuma masih tak dapat cari lagi cara terbaik untuk master subjek ne. cuba juga untuk baca buku dan faham, tapi hampir setiap isi dalam buku tu penting.mula2 agak pening juga nak baca, tapi alhamdullillah datang alternatif dalam study week ne. dengan bantuan kawan2 dari FPQS, dorang bermurah hati untuk bagi nota slides yang dah compressed dengan isi2 penting subjek dakwah. semua ni hasil usaha ustaz dorang yang juga merupakan penulis asal buku yang kami gunakan untuk subjek ni.

sekarang, insyaAllah dakwah dah boleh study dengan aman dan semoga study week ni boleh digunakan dengan sebaiknya untuk diri saya dan juga semua kawan-kawan.

lastly, selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya dan semoga setiap ilmu yang kita pelajari bukan hanya untuk dimuntahkan semasa peperiksaan tapi pastikan bahawa setiap ilmu yang kita ada digunakan untuk kemajuan diri sendiri dan dimanfaatkan untuk ummah.ketahuilah, bahawa setiap ilmu itu berharga dan sangat bernilai, maka aplikasikanlah ia untuk tujuan yang bermanfaat juga.

sekian untuk kali ini, berjumpa lagi entry akan datang~

Wassalam!